Adab Dengan Guru Ketika Belajar Forex


Blog Sabri Teh Bri ADAB-ADAB PELAJAR TERHADAP GURU Sifat pertama yang perlu ada pada setiap pelajar di dalam menunaikan hak terhadap guru ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu8217alaihiwasallam pernah bersabda (yang bermafhum): 8220Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya 8220 (Riwayat Ath-Thabrani) Rasulullah Salallahu8217alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak Pelajar terhadap guru dalam sabda baginda: 8220Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagongkan orang besar dari kami, tidak mengasihi orang kecil dari kami, dan tidak mengetahui hak orang alim dari kami 8220 (Riwayat Ath-Thabrani) Sayyidina Ali Radhiallahu 8216anh pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata: 8220Hak seorang Alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya, dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya. Tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah SWT, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja8221. Sehubungan dengan hadith di atas serta pesanan Sayyidina Ali Radhiallahu 8216anh, Dr. Abdullah Nasih Ulwan membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya: 1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. Imam Ghazali ada menyatakan: 8220Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya. 8221 Imam Ahmad berkata kepada Khalafu8217l-Ahmar: 8220Aku tidak pernah duduk kecuali di hadapanmu, kami telah diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kam i ambil ilmunya 8220 2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam Syafi8217i ada menyatakan: 8220Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar di tidak mendengar gemerisiknya 8220 Pelajar-pelajar juga hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata 8220kamu8221, tetapi dengan mengatakan 8220wahai guruku atau wahai Ustazku8221, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat rasa kasih sayang antara murid dan gurunya. 3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya sehingga ke akhir hayat. Syu8217bah berkata: Sebaiknya seorang pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru itu sudah wafat hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan dan orang-orang yang mencintainya. 4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan din, dunia dan akhirat. 8220Barang siapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.8221 5. Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada gurunya. Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang Tidak sopan terhadap gurunya. 6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempu rna, dengan badan dan pakaian yang bersih, terutama jika dia hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah. 7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu dalil hukum, menceritakan sesuatu syair, membawa sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu ilmu, hendaklah dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengar sama sekali. Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dikalangan mereka yang bertaqwa dan beriman kepada Allah Subhanahuwata8217ala. Itulah adab-adab terpenting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam rangka untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata8217ala. Sabri Teh Bri Laman ini mengajak kita membaiki diri sendiri sehingga memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mulia dan mantap, berilmu dan pemikiran yang terdidik, mampu berdikari, memiliki akidah yang loros danôhtera, ibadah yang betul, berjihad melawan hawa nafsu, menjaga dan menghormati Waktu, teratur dalam segala urusan dan bermanfaat kepada orang lain. Veja o meu perfil completoAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh8230 Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud. 8220Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manuscrito dengan perantaraan Qalam8221. Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar. Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah. Adab-adab Ketika Belajar Membaca Doa Penerang Hati Duduk dengan sopan Mendengar penerangan guru dengan teliti Berlumba-lumba untuk belajar Sabar ketika belajar Sentiasa mengulangkaji pelajaran Menghormati guru anda Mendisiplinkan diri Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar Mendapat keberkatan daripada Allah SWT Anda akan disenangi guru dan Rakan Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT Dibenci oleh guru dan rakan anda Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar. Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Memahami Analisa Sinais Fundamentais De Forex

Previsão Da Previsão Forex Da Aud Cad Forex

Rita Lasker Forex Turbo Scalper